Isnin, 22 Mac 2010

Puisi Kalam Ilahi

Puisi? rasanya..

Aku mendaki,
mendaki dan terus mendaki,
mendaki kerana satu matlamat,
Kerana satu impian,
Kerana satu harapan,
Kerana satu keinginan,
Kerana satu kasih,
Kerana satu cinta.
Matlamat ku utk sampai ke puncak,
Penuhi impian yang di lakar,
Yang telah menjadi harapan membara,
Puaskan segala keinginan di kamar hati,
Semuanya kerana kasih dan cinta.
Si pendaki itu telah pergi,
Pergi meninggalkan puncaknya,
Namun puncak itu wangi,
Wangian harum kalamnya,
Kerana itu aku mendaki,
Mengikut segala bekas jejaknya,
Untuk meneruskan kalamnya,
Kerana kalamnya wangi,
Masih wangi,
Sentiasa wangi,
dan kekal wangi.
Pendakian yang jauh,
Yang penuh cabaran,
Penuh dengan liku,
dan batu-batu kecil yang tajam,
Kekadang aku terpijak,
Habis berdarah kaki ku,
Sakit terluka,
Tapi aku masih mendaki,
Kerana aku melihat bayangnya,
Bayangan si pendaki lama,
Menunggu aku di puncaknya,
Kerana itu aku terus mendaki,
Kerana semangat yang di berikan,
Kerana sorakannya.
Sudah hampir,
Hanya selangkah lagi,
Selangkah ke puncak,
Aku melangkah yang terakhir,
Tapi langkahku tersasar,
Hampir saja terjatuh,
Namun tanganku pantas di sambut,
Di sambut oleh si pendaki lama,
Lantas di bantunya aku melangkah,
Maka,
Sampailah aku di puncaknya,
Namun tiada lagi wangi.
Tanganku di genggam erat,
Di halakan ke atas,
Bisa mencapai langit ilahi,
Aku senyum gembira,
Namun masih tiada wangi.
Sekali lagi tanganku di genggam,
Genggaman yang dingin,
Penuh baur-baur cinta,
Lembut tangannya terasa,
Namun kenapa masih tiada wangi.
Semasa mendaki,
Harumnya semerbak,
Setelah ku tiba di puncak,
Langsung tiada wangi,
Hilang harumnya,
Aku buntu.
Melihat keadaanku,
si pendaki itu bersuara,
Melafazkan kata cintanya,
Meluahkan rasa rindunya,
Cintanya pada Allah,
Pada Rasulullah,
Rindunya pada akhirat,
Pada alam yg abadi,
Kerana itu puncaknya harum,
Kerana itu kalamnya mewangi,
Kerana cinta dan rindunya,
Bersandarkan hanya kepada Allah.
Sedangkan aku,
Mendaki kerana wangi,
Mendaki kerana cintakan si pendaki,
Mendaki kerana anganku ingin tinggal di langit Ilahi,
Menjadi bidadari kepada si pendaki,
Menjadi pendampingnya yang jelita,
Kerana itulah tiada harumnya.
Aku mendaki kerana
cintaku kepada si pendaki,
Kerana aku suka kan dirinya,
Bukan kerana Ilahi,
Tapi kerana diri si pendaki,
Kerana kalam puncaknya yang wangi,
Kerana itulah aku hilang redha Ilahi.
Aku rela,
Rela turun ke bawah dan mendaki semula,
Rela melepaskan genggamannya,
Meski hati terlalu rindu,
Kerana aku ingin pendakian ini utuh dalam mardhotillah,
Kerana aku sedar,
tiada gunanya kalam ini,
Kalau bukan kerana Ilahi,
Kerana aku khilaf,
Tiada nilainya cintakan si pendaki,
Kalau bukan kerana Ilahi.
Inilah dia,
Inilah cinta,
Inilah 'qalamilahi'.
~~ Terkenangkan arwah..
Rindukan arwah..
Al-Fatihah buat arwah.. ( _ _ Jun 2009 )
Created,
21 march 2010
10:28:49 am

1 ulasan:

  1. even tak ku kenal si pendaki lama,
    aku tetap merasai aura perjuangan nya...
    Allah!
    Manis sungguh terasa!
    Barakallahu fik ya akhi!
    Moga dikau bersama orng2 yang beriman, bersama para sahabat dan masuk ke 'dunia indah' bersama Rasulullah s.a.w.
    ameen

    BalasPadam